What exactly is this: asylum, temporary protection, humanitarian admission, resettlement or another protection mechanism?
DPP is Malaysia government refugee registration and identity documentation, introduced by the Home Ministry with effect from 1 January 2026 under its national refugee-management framework. It is distinct from UNHCR registration and is not an ordinary immigration visa or guaranteed resettlement scheme.
See recorded sources
- Ministry public post 26 November 2025
DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Pendaftaran Rasmi Di Bawah Kerajaan Malaysia Berkuat kuasa 1 JANUARI 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai mekanisme tunggal dan rasmi kerajaan dalam menguruskan pelarian di Malaysia. Langkah ini memastikan keselamatan negara terus terjamin melalui sistem data yang lebih tersusun, sahih dan bersepadu. Kenapa DPP Penting? Pangkalan Data Biometrik Komprehensif Kerajaan kini mempunyai rekod biometrik penuh untuk memastikan pemantauan keberadaan pelarian lebih tepat dan berkesan. Memperkukuh Keselamatan Negara DPP membantu mengurangkan risiko penyalahgunaan identiti dan ketidakseragaman data selaras dengan Arahan MKN No. 23. Menggantikan Sistem UNHCR Dengan pelaksanaan DPP, kerajaan menggantikan sistem pendaftaran unilateral UNHCR bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur dan sah. Dokumen Pengenalan Rasmi & Tunggal Semua pelarian yang disahkan akan menerima Dokumen Pengenalan DPP yang diiktiraf sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Implikasi Penting & Pengurusan Jangka Panjang Data pelarian yang direkodkan menerusi DPP akan digunakan dalam proses penentuan penempatan akhir termasuk: Penempatan ke negara ketiga Pulang ke negara asal Deportasi sekiranya melanggar undang-undang Malaysia Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri “Maklumat dan biometrik pelarian akan disimpan dalam sistem DPP. Mereka yang disahkan sebagai pelarian akan diberi dokumen pengenalan rasmi yang merupakan dokumen tunggal diiktiraf Kerajaan.” – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri (25 November 2025)
- Ministry public post 26 December 2025
PENGURUSAN PELARIAN DI MALAYSIA Fakta Sebenar, Pendekatan Kemanusiaan & Keselamatan Negara Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Justeru, negara ini tidak terikat dengan obligasi antarabangsa untuk memperuntukkan status, hak dan perlindungan pelarian seperti yang termaktub dalam konvensyen tersebut. Walau bagaimanapun, Malaysia kekal mengambil pendekatan berperikemanusiaan dengan membenarkan pelarian tinggal sementara sebagai negara transit, sama ada sehingga keadaan di negara asal kembali selamat atau melalui proses penempatan semula ke negara ketiga. Bagi memastikan tadbir urus yang lebih tersusun serta menjaga keselamatan negara, Kerajaan telah melaksanakan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 Tahun 2023, termasuk pengenalan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai dokumen tunggal rasmi di bawah sistem Kerajaan. Langkah ini membolehkan Kerajaan merekod data dan biometrik pelarian secara sah, memperkukuh pemantauan serta mengimbangi keperluan kemanusiaan dengan kedaulatan undang-undang dan keselamatan rakyat. “Kerajaan perlu memperolehi data pelarian secara langsung melalui mekanisme pendaftaran sendiri bagi membolehkan pengurusan yang lebih komprehensif tanpa berkompromi terhadap keselamatan negara.” — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Sumber: Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia | Soalan No. 25 | Tahun 2025
