How does the application work at a high level, what rights does the family member receive, how long does the status last, and how can it become independent or longer-term where officially stated?
Entry Permit gives indefinite permanent residence and permits work, study and business without changing to another pass, subject to applicable law. It is not citizenship and gives no voting right. The published fee is RM120 by credit/debit card. Applicant and sponsor apply together at the Immigration office nearest their residence with originals; spouses undergo an interview. Status checking starts six months after the acknowledgement, not a promised six-month decision. Approval normally must be claimed within six months; refusal may be appealed within thirty days. The permit can be cancelled on the stated public-order, security, health, morality or prohibited-immigrant grounds. A fresh passport notification stamp is required after passport renewal; more than six months abroad can delay a new stamp for investigation, rather than proving automatic cancellation.
See recorded sources
Limits of the record- The handbook page 13 territorial disclaimer and sections 13.4/14.5 are not fully aligned on Sabah/Sarawak permits and Peninsular residence. Confirm the issuing jurisdiction; do not assume unrestricted national residence.
- 6. TATACARA
6. TATACARA PERMOHONAN
6.1 Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dikemukakan di
Pejabat Imigresen yang berhampiran dengan tempat tinggal
pemohon.
6.2 Pemohon dan penaja perlu melengkapkan permohonan mengikut
senarai semak yang tertera di bahagian Lampiran C.
6.3 Pemohon dan penaja perlu menjalani sesi temu duga bagi tujuan
penilaian dan pengesahan kecuali bagi Kategori Anak kepada
warganegara.
6.4 Akuan Penerimaan (AP) akan dikeluarkan kepada pemohon
yang telah melengkapkan dokumen dan melepasi syarat
kelayakan.
6.5 Setiap permohonan akan melalui Tapisan Keselamatan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
6.6 Rujuk Infografik Proses Permohonan Permit Masuk sebagai
panduan.
20
- 7. SEMAKAN
7. SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERMIT MASUK
7.1 Semakan keputusan Permohonan Permit Masuk boleh dilakukan
selepas enam (6) bulan daripada tarikh Akuan Penerimaan (AP)
dikeluarkan.
7.2 Semakan keputusan permohonan Permit Masuk boleh dibuat
melalui:
i. https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPermit?
semakStatusPermit
ii. Imbasan QR:
7.3 Surat keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat penaja.
7.4 Surat Kelulusan berkuatkuasa selama enam (6) bulan dari tarikh
dikeluarkan. Sekiranya pemohon atau penaja gagal hadir dalam
tempoh yang ditetapkan, surat kelulusan akan terbatal.
22
- 8. PROSES
8. PROSES RAYUAN BAGI PERMOHONAN YANG DITOLAK
8.1 Permohonan Rayuan Permit Masuk boleh dikemukakan dalam
tempoh 30 hari dari tarikh surat penolakan dikeluarkan.
8.2 Pemohon boleh mengemukakan surat rayuan kepada Menteri
Dalam Negeri (MDN) melalui:
KETUA SETIAUSAHA
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Aras 4,
Setia Perkasa 2, Kompleks, Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
8.3 Sebarang pertanyaan berhubung rayuan kepada Menteri Dalam
Negeri boleh dikemukakan di talian 03-8886 3316 / 3319 / 3170
atau melalui e-mel rayuanpermitmasuk@moha.gov.my
8.4 Pemohon yang diberi keputusan tolak boleh mengemukakan
permohonan baharu di Pejabat Imigresen yang berhampiran
selepas satu (1) tahun daripada tarikh keputusan.
23
- 9. KADAR
9. KADAR BAYARAN
9.1 Kadar Bayaran Permit Masuk sebanyak RM 120.00 bayaran tanpa
tunai (kad kredit / kad debit).
9.2 Kadar Bayaran Wang Cagaran tertakluk kepada warganegara
pemohon seperti di Lampiran B3 (untuk kategori Warga Asing
Sepenuhnya).
9.3 Wang Cagaran boleh dituntut semula selepas memegang Permit
Masuk selama dua (2) tahun dari tarikh dikeluarkan.
e-Payment / Cashless
Credit Card
Debit Card
24
- 10. PROSES
10. PROSES PENGELUARAN PERMIT MASUK
10.1 Pemohon dan penaja hendaklah hadir ke Pejabat Imigresen
yang berhampiran dengan membawa kad pengenalan penaja,
pasport pemohon yang masih sah laku melebihi dua belas (12)
bulan dan surat kelulusan permohonan Permit Masuk, bagi
tujuan pindaan tempoh sah laku Pas semasa.
10.2 Pemohon dan penaja hendaklah hadir ke Bahagian Visa, Pas
dan Permit, Ibu Pejabat Imigresen dalam tempoh tiga puluh
(30) hari setelah pindaan tempoh sah laku Pas semasa
dilakukan untuk membuat bayaran dan pengeluaran Permit
Masuk dengan mengemukakan dokumen seperti di senarai
semak di Lampiran C.
10.3 Bayaran Permit Masuk hendaklah dijelaskan sebelum Permit
Masuk dikeluarkan.
10.4 Permit Masuk yang telah dikeluarkan tidak mempunyai tempoh
tamat sah laku.
10.5 Pemohon yang gagal menuntut Permit Masuk dalam tempoh
enam (6) bulan daripada tarikh surat kelulusan tanpa alasan
munasabah akan menyebabkan kelulusan terbatal.
26
- 11. NOTIS
11. NOTIS PEMBERITAHUAN PERMIT MASUK
11.1 Notis Pemberitahuan Permit Masuk merupakan suatu
pengesahan di dalam pasport bagi membolehkan pemegang
Permit Masuk keluar dan masuk ke negara ini.
11.2 Tempoh sah laku Notis adalah tertakluk kepada tempoh sah
laku pasport pemohon.
11.3 Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Imigresen berhampiran
dan mengemukakan dokumen seperti di Lampiran C5.
11.4 Pemohon hendaklah mendapatkan Cap Notis Pemberitahuan
Permit Masuk baharu di Pejabat Imigresen berhampiran setiap
kali memperbaharui pasport.
11.5 Pengesahan Notis Pemberitahuan Permit Masuk hanya akan
diberikan kepada pemegang Permit Masuk yang sah.
11.6 Sekiranya didapati pemegang Permit Masuk tinggal melebihi
enam (6) bulan di luar negara, permohonan Cap Notis
Pemberitahuan Permit Masuk yang baharu akan ditangguhkan
bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap status
dan justifikasi keberadaan pemegang pas di luar negara dalam
tempoh tersebut.
11.7 Bagi Permit Masuk asal hilang atau rosak, pemohon
hendaklah mendapatkan Cap Notis Pemberitahuan Permit
Masuk di Ibu Pejabat Imigresen dengan mengemukakan
dokumen seperti di Lampiran C5.
27
- 13. KEMUDAHAN
13. KEMUDAHAN KEPADA PEMEGANG PERMIT MASUK
13.1 Bermastautin secara tetap dan sah di Malaysia, tanpa had
tempoh.
13.2 Bekerja, belajar dan menjalankan perniagaan tanpa perlu
menukar kepada pas lain, tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan semasa.
13.3 Memiliki hartanah di Malaysia, tertakluk kepada syarat
agensi berkaitan.
13.4 Dibenarkan tinggal di kawasan yang telah diluluskan, sama
ada di Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan atau di
Negeri Sabah dan Sarawak, bergantung kepada lokasi
kelulusan Permit Masuk yang diberikan.
13.5 Pemegang Permit Masuk akan mendapat kemudahan keluar
dan masuk negara dengan lebih lancar tertakluk kepada
peraturan-peraturan semasa di Pintu Masuk.
13.6 Layak memohon taraf Kewarganegaraan Malaysia, tertakluk
kepada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
30
- 14. LARANGAN
14. LARANGAN KEPADA PEMEGANG PERMIT MASUK
14.1 Tidak dibenarkan mengundi atau mengambil bahagian dalam
mana-mana proses pilihan raya di Malaysia.
14.2 Tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik tempatan,
termasuk menyertai parti politik atau pertubuhan berkaitan
politik.
14.3 Tidak layak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam,
angkatan tentera atau pasukan polis.
14.4 Tidak dibenarkan mengubah atau meminda butiran maklumat
pada Permit Masuk.
14.5 Pemegang Permit Masuk yang dikeluarkan di Semenanjung dan
Wilayah Persekutuan Labuan tidak boleh bermastautin di Negeri
Sabah dan Sarawak. Manakala pemegang Permit Masuk yang
dikeluarkan di Negeri Sabah dan Sarawak boleh bermastautin di
Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
14.6 Tidak melanggar undang-undang yang berkuatkuasa di
Malaysia.
31
- 15. PEMBATALAN
15. PEMBATALAN PERMIT MASUK
15.1 Permit Masuk boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen
sekiranya pemegang Permit Masuk didapati memudaratkan
ketenteraman awam, keselamatan awam, kesihatan awam atau
kemoralan awam.
15.2 Permit Masuk boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen
sekiranya pemegang Permit Masuk didapati tergolong di dalam
Senarai Imigran Larangan di dalam Seksyen 8(3) Akta
Imigresen.
15.3 Sekiranya pemegang Permit Masuk telah dianugerahkan
Kewarganegaraan Malaysia atau kembali ke negara asal secara
tetap, Permit Masuk hendaklah diserahkan semula ke Pejabat
Imigresen berhampiran bagi tujuan pembatalan. (Lampiran C6)
15.4 Sekiranya pemegang Permit Masuk telah meninggal dunia,
waris hendaklah menyerahkan semula Permit Masuk ke Pejabat
Imigresen berhampiran bagi tujuan pembatalan.
32
- PENAFIAN :
PENAFIAN :
Garis panduan ini disediakan berdasarkan peruntukan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan -
Peraturan Imigresen 1963, Perintah Imigresen (Larangan Masuk) 1963 serta dasar dan
prosedur semasa Kerajaan.
Keputusan Permohonan Permit Masuk di Semenanjung Malaysia dan Labuan tertakluk kepada
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, manakala keputusan permohonan di Negeri Sabah atau
Sarawak disokong oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Pemegang Permit Masuk yang didaftarkan di Semenanjung atau Labuan, hanya sah laku di
Semenanjung. Manakala, Permit Masuk yang didaftarkan di Sabah atau Sarawak, hanya sah
laku di Sabah atau Sarawak.
13